Khamis, 28 Julai 2011

Tuhanku.........
Aku berdoa utk seorang lelaki yg akan
menjadi bahagian hidupku
seorang yg sungguh mencintai-mu lebih
daripada segala sesuatu
seorang lelaki yang akan meletakkan aku pada
posisi keempat dalam hatinya
setehah Engkau, Rasul dan umminya
seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri tetapi untuk-Mu.

Wajah tampan dan daya tarik fizikal
tidaklah penting
yang renting adalah sebuah hati
yang sungguh mencintai dan dekat dengan-mu
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-mu
ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan
untuk apa ia hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

seorang yang memiliki hati yang bijak,
tidak hanya otak yang cerdas
seorang leleki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormatiku
seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
tetapi juga dapat menasihatiku
ketika aku berbuat salah

seorang yang mencintaiku
bukan kerana kecantikanku
tatapi kerana hatiku
seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat
terbaikku setiap waktu
seorang yang dapat membuatku berasa
sebagai wanita ketika aku di sisinya.

Tuhanku...
aku juga meminta,
jadikanlah aku wanita yang
dapat membuatnya bangga
berikan aku hati yang sungguh mencintai-mu
sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku........

Selasa, 26 Julai 2011

permata hati ku

"Wahai anakku! janganlah kamu terus menelan setiap apa yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita sakit"