Jumaat, 7 September 2012

19/8/2012 raya aidilfitri


19/8/2012 raya aidilfitri

Salam Aidilfitri untuk keluarga tercinta 
Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA… Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah

Rabu, 6 Jun 2012

Khamis, 23 Februari 2012

@ x tahu nk ckp......

Kelopak matanya bertakung lagi, rindu yang sarat terkenangkan memori bahagia sering datang bertamu sejak kebelakangan ini. Jiwanya mencengkam, meruntun dan tentunya akur pada kesilapan lalu, seolah-olah mahu saja merobek hati ini hingga luka berdarah.
Dinihari pagi yang syahdu, Yana bangun lagi menghadap Ilahi, melakukan solat sunat, sambil mengaminkan doa agar dosa-dosanya terhadap suami yang tercinta diampunkan tuhan. Telekung sembahyangnya basah, air mata itu bagaikan tiada penghadangnya, dia pasrah. Kenangan pahit itu sering kali diulang tayang dalam mindanya tanpa diundang.