Rabu, 26 Mac 2014

Jangan Lupakan Aku-Iza Safiya

Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-840-9
Halaman: ~576
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Jan 2013
Kategori: Novel
Sinopsis

Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki. “Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!”

Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup. 

Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat. “Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!”

Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya.

Rabu, 12 Mac 2014

Jiranku kekasihku-Lysa Allysa

Jiranku kekasihku-Lysa Allysa
ISBN:978-967-365-025-5
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah / Sarawak: RM25.90

Pada mulanya, kehadiran Dr. Sharizal tak berapa nak diendahkan oleh Faiza, walaupun kelibat lelaki itu sering mencuri perhatiannya. Lama-kelamaan, bila lelaki itu mula menunjukkan tanda dan sering memberikan isyarat cinta, Faiza tidak teragak-agak untuk menerima cintanya, walaupun perkenalan mereka tersangatlah singkat.

Perhubungan mereka pada mulanya tidak mendapat restu daripada ibu Dr. Sharizal memandangkan terdapat perbezaan taraf yang sangat ketara. Bagi ibu lelaki itu, Faiza tidak setaraf dengan anaknya. Di tempat kerja pula, Tina yang terkenal dengan sikap gedik dan mengada-ada sering memberi amaran kepada Faiza agar menjauhkan diri daripada Dr. Sharizal. Faiza jadi pelik dengan sikap terlebih suka yang ditunjukkan Tina.

Keadaan makin rumit dengan hadirnya Hakimi, kekasih lamanya yang datang kembali untuk menagih cintanya semula. Ingin membetulkan keadaan. Namun, tidak diendah Faiza. Sering kali dia melarikan diri setiap kali kelibat Hakimi menghampiri. Faiza jadi sangat tertekan dan celaru. Ditambah pula dengan kejutan demi kejutan yang diterima, yang membuatkan kehidupan bahagianya menjadi kacau-bilau.

Apakah kejutan yang diterima oleh Faiza? Siapa pula Tina yang beria-ia menghalangnya daripada terus menjalin hubungan dengan Dr. Sharizal? Dan ibu mertuaku, bakal merestuikah pilihan anakmu ini?

7 HARI MENCINTAIKU - SITI ROSMIZAH

Tajuk :7 Hari Mencintaiku

Pengarang : Siti Rosmizah

Harga : RM 32.90(S/M) ,RM 35.90 (S/S)

ISBN : 978-967-5822-01-8

Mukasurat : 1050 Halaman

Sinopsis :  Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

KAMI DAH KAHWINLAH!-LISA MUHAMAD


KAMI DAH KAHWINLAH!-LISA MUHAMAD
Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21

“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah

Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.

Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?

Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.

“Kak Sara suka abang?” – Muhamad Elman Amar

“Petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. Betulkan itu kau orang?” – Mak Su Mimie

Walaupun tanpa restu keluarga, namun mereka tetap mempertahankan hubungan suci itu. Rasa cemburu dan dugaan diharungi bersama-sama dengan pujuk dan memujuk. Tapi,cadangan Nenek Saripah telah menggugat pendirian Raqib Aryan dari terus merahsiakan hubungan mereka. Walaupun ditegah oleh Sara Cempaka, namun kisah hubungan mereka harus dikhabarkan kepada nenek!

“Hari ni jangan tayang senyum sangat... Nanti Mak Cik Habibah dengan anak dia terpikat habis…” – Sara Cempaka

“Bimbang ke? Kalau macam tu, Sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang-sorang. Ada yang nak menempel karang.” – Muhamad Raqib Aryan

Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah!

RINDU DALAM SEPI-Siti Khadijah

RINDU DALAM SEPI
Penulis : Siti Khadijah
Semenanjung : RM22
HARGA JUAL :RM20

Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.

Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.

“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”

AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!

“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.

Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?

“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”

“Kalimah apa?”

“I love you, my love.” — di Laman Tasik Pandan.

Andainya Bukan Untukku - sya ryanna

31/8/2013 abis di baca......
NOVEL 2ND
Andainya Bukan Untukku - sya ryanna
No. ISBN:- 978-967-5067-41-9
SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00
Sinopsis:-

Dania diperangkap oleh rakannya sendiri yang menyebabkan dia dan peguam muda yang mengendalikan urusan harta keluarganya, Faeiz dinikahkan. Demi menutup malu, Tahir (abang Dania) memutuskan untuk mengusir Dania keluar dari rumahnya. Maka, hiduplah Dania dan Faeiz dengan cara masing-masing.

Faeiz kemudiannya berkeputusan untuk menghantar Dania tinggal bersama Ilyana, kekasihnya tanpa ketahuan Ilyana yang Dania itu adalah isteri Fariez. Rahsia tersebut terbongkar apabila Dania mengundur diri dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Niatnya hanya untuk memberi laluan kepada Ilyana yang dirasakan lebih layak untuk membina mahligai bahagia bersama Faeiz. Namun, Faeiz tidak pernah bahagia meskipun perkahwinannya dengan Ilyana terbina memang atas kehendaknya dan bersama wanita pilihannya. Fariez rasa amat bersalah kepada Dania. Sementelah dia tidak berjaya mencari Dania untuk membetulkan semula keadaan mereka.

Bertahun kemudian, Dania dan Faeiz bertemu semula. Pada waktu itu, Firdauz dan Qaseh Rania sudah pun wujud dalam hidup Dania.

Kau Tetap Di Sisi- Aishah Abu Hassan

Kau Tetap Di Sisi-Aishah Abu Hassan
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-20-7
~688 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 14 Jan 2012

Sinopsis

Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang berada di rantau orang. Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha. Namun tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi Tina.

Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat.

Pelbagai dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya. Bagaimanakah kesudahannya? Hanya ‘KAU TETAP DI SISI’ mengetahuinya.