Sabtu, 11 Mei 2013

4) Novel 'Bisikan Rindu - Mimie Afinie'



RM16
Sinopsis Novel 'Bisikan Rindu - Mimie Afinie'
Kategori: Novel dan Penulisan
Hari ni nak buat sinopsis novel Bisikan Rindu karya Mimie Afinie .. dah beli lama dah novel ni .. tahun 2004 .. dah baca berulang kali jugak .. baru ari ni nak buat sinopsisnya .. hehe .. bukan apa .. malam tadi belek-belek rak buku ... tengok sampul novel ni dah terkoyak sikit .. bukak balik sampulnya .. sampulkan dengan sampul yang baru .. bila dah dipegang .. baca la sikit .. lama-lama abis satu novel .. hehe .. so .. disebabkan masih ingat jalan ceritanya .. aku buat lah sinopsisnya sikit kat sini .. jom layan sinopsis novel Bisikan Rindu ni ...


" Ada getar di dalam dada bila kau menyeru namaku "

Sinopsis oleh : aznanie

Bersama Shahrul, hatinya tiada debaran. Namun, pandang pertamanya pada jejaka bernama Ikhwan telah menghuru harakan perasaannya. Renungan Ikhwan yang tajam menusuk ke jantung hatinya. Sahlah dia jatuh cinta pandang pertama.

Nur Dina Iman! Nama dan wajah itu melekat di ingatannya. Ikhwan jadi mamar sendiri. Hatinya ingin memiliki gadis itu. Tidak pernah dia merasakan gelodak hati yang sedemikian. Mentelah ibunya, Hajah Rokiah selalu mendesaknya supaya menamatkan zaman bujangnya memandangkan umurnya yang semakin meningkat itu.

Gelodak perasaan yang semakin hari semakin membara akhirnya terluah jua. Baik Ikhwan mahupun Dina, masing-masing mempunyai perasaan yang serupa. Ikhwan bersyukur cintanya berbalas. Gembira menyulam kasih dengan harapan cinta sampai ke hujungnya.

Namun, dugaan datang tanpa diduga. Kerana salah sangka, segalanya musnah. Dina yang terburu-buru membuat keputusan atau Ikhwan yang terlalu cepat berprasangka. Akhirnya, Dina mengalah. Perginya bukan melarikan diri tapi mencari kedamaian diri.

Bila permasalahan terungkai, Ikhwan menyalahkan dirinya kerana tidak menyiasat dengan lebih terperinci. Kerana tindakannya itu dia kehilangan Dina. Dia menyesal dan berusaha menjernihkan keadaan. Tapi bagi Dina hati yang tersiat bukan mudah dipulihkan dengan kata maaf. Namun, demi cinta yang masih membara di hati hubungan mereka dapat dipulihkan.

Setelah bahagia mulai memekar, dugaan muncul kembali. Ikhwan mengalami kemalangan yang membuatnya lumpuh di kaki. Kerana tertekan dengan keadaan fizikalnya, Ikhwan bertindak memutuskan hubungannya dengan Dina. Terbiarlah Dina menanggung sengsara keseorangan.

Suatu kejadian menimpa, Dina nyaris menjadi mangsa kerakusan nafsu Dr.Johan. Mujur Ikhwan cepat datang membantu. Sejak kejadian itu, hubungan Ikhwan dan Dina pulih semula. Ikhwan juga telah sembuh setelah menjalani rawatan pada kakinya. Mereka disatukan dalam suasana yang cukup meriah. Dan mereka berdoa semoga cinta mereka akan kekal bahagia tanpa ada dugaan yang menimpa. Tamat ...

Penulis : Mimie Afinie
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5

Khamis, 9 Mei 2013

6 PINJAM) Semusim Rindu- Aleya Aneesa


Harga: RM 18.00
ISBN: 983-124-192-4
Halaman: ~460
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 28 Apr 2005
Kategori: Novel


Sinopsis

Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?

5 PINJAM) Sayang Tak Terucap - Norhayati Berahim'




Sayang Tak Terucap - Norhayati Berahim (Alaf21)

Halaman : 528
Harga : RM14    


Perhubungan rapat antara Afnan dengan Delilah membenihkan cinta di hati masing-masing. Namun tiada sebarang lafaz yang terucap. Mungkin jarak usia antara mereka yang membataskan segalanya.

Setelah mengetahui yang Tan Sri Aminudin adalah ayah kandungnya, Delilah cuba menolak kehadiran lelaki itu dalam hiudpnya. Dia masih marah dan dendam pada lelaki yang bergelar ayah itu. Marah kerana ayahnya meninggalkan dia dan ibunya terkontang-kanting meneruskan kehidupan. Keperitan dan kesusahan yang dilalui tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pernah menjadi penjaja di tepi jalan dengan menjual air dan goreng pisang. Dan di situ jua lah dia bertemu dengan Afnan buat pertama kalinya. Bukan senang dirinya melupakan kisah silam yang pahit dan penuh derita.

Namun, sejauh mana dendam mahu di junjung. Akhirnya Delilah memaafkan dan menerima Tan Sri Aminudin dalam hidupnya walau rintangan dari adik beradik tirinya cukup hebat. Semuanya terpaksa di hadapi dengan berani. Mujur ada Afnan yang sentiasa di sisi. Yang memberi sokongan dan kekuatan di saat Delilah memerlukan bantuan.

Dan kerana itulah Afnan melamar Delilah. Bukan kerana itu sahaja, cinta dan kasih sayangnya hanya untuk Delilah. Dan Delilah amat bersyukur akhirnya lelaki yang dicintainya menjadi suaminya. Bahagia menyulam kasih hingga ke akhirnya. Tamat ...

Penulis : Norhayati Berahim
Terbitan : Alaf 21
Point : 4/5

* Novel ni mengajar kita erti ketabahan ... pahit tak akan semestinya akan berterusan pahit .. manis pasti muncul di akhiran ... sabar dalam menghadapi apa jua kesulitan hidup ... mengerti sengsara orang lain, akan membuatkan sengsara kita berkurangan ... cewahhh ... berbahasa falsafah pulak .. eleh .. tu semua kata-kata dalam novel ni la .. kalau nak tau lebih lanjut kena lah baca sendiri novel Sayang Tak Terucap ni .. gerenti puas hati ...

Perhubungan rapat antara Afnan dengan Delilah membenihkan cinta di hati masing-masing. Namun tiada sebarang lafaz yang terucap. Mungkin jarak usia antara mereka yang membataskan segalanya.

Setelah mengetahui yang Tan Sri Aminudin adalah ayah kandungnya, Delilah cuba menolak kehadiran lelaki itu dalam hiudpnya. Dia masih marah dan dendam pada lelaki yang bergelar ayah itu. Marah kerana ayahnya meninggalkan dia dan ibunya terkontang-kanting meneruskan kehidupan. Keperitan dan kesusahan yang dilalui tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pernah menjadi penjaja di tepi jalan dengan menjual air dan goreng pisang. Dan di situ jua lah dia bertemu dengan Afnan buat pertama kalinya. Bukan senang dirinya melupakan kisah silam yang pahit dan penuh derita.

Namun, sejauh mana dendam mahu di junjung. Akhirnya Delilah memaafkan dan menerima Tan Sri Aminudin dalam hidupnya walau rintangan dari adik beradik tirinya cukup hebat. Semuanya terpaksa di hadapi dengan berani. Mujur ada Afnan yang sentiasa di sisi. Yang memberi sokongan dan kekuatan di saat Delilah memerlukan bantuan.

Dan kerana itulah Afnan melamar Delilah. Bukan kerana itu sahaja, cinta dan kasih sayangnya hanya untuk Delilah. Dan Delilah amat bersyukur akhirnya lelaki yang dicintainya menjadi suaminya. Bahagia menyulam kasih hingga ke akhirnya. Tamat ...

Penulis : Norhayati Berahim
Terbitan : Alaf 21
Point : 4/5

* Novel ni mengajar kita erti ketabahan ... pahit tak akan semestinya akan berterusan pahit .. manis pasti muncul di akhiran ... sabar dalam menghadapi apa jua kesulitan hidup ... mengerti sengsara orang lain, akan membuatkan sengsara kita berkurangan ... cewahhh ... berbahasa falsafah pulak .. eleh .. tu semua kata-kata dalam novel ni la .. kalau nak tau lebih lanjut kena lah baca sendiri novel Sayang Tak Terucap ni .. gerenti puas hati ...

Kategori: Novel dan Penulisan
Dah lama tak ulang baca novel ni ... ari ni baru berkesempatan ... terus lah letak sinopsis kat sini ... jadi, jom layan sinopsis novel Sayang Tak Terucap hasil karya Norhayati Berahim ...

" Walau ada benci mengapa sesaat kau pergi rasa rindu datang lagi? "

Sinopsis oleh : aznanie

Delilah membesar tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Ayahnya meninggalkan ibunya sewaktu dia di dalam kandungan ibunya. Dunianya hanya ada ibu, nenek dan datuk. Walau datuknya tidak dapat melihat namun keperibadiannya cukup mulia. Kasih sayang yang dilimpahkan pada Delilah tidak berbelah bagi. Delilah bersyukur kerana mendapat kasih sayang itu.

Sejauh mana pun Tan Sri Aminudin pergi, dia tak mungkin dapat terlepas dari bertemu kembali dengan keluarga yang ditinggalkannya. Pertemuan dengan Delilah amat dinantinya. Namun berat untuknya memberitahu Delilah siapa dia yang sebenarnya.

Perhubungan rapat antara Afnan dengan Delilah membenihkan cinta di hati masing-masing. Namun tiada sebarang lafaz yang terucap. Mungkin jarak usia antara mereka yang membataskan segalanya.

Setelah mengetahui yang Tan Sri Aminudin adalah ayah kandungnya, Delilah cuba menolak kehadiran lelaki itu dalam hiudpnya. Dia masih marah dan dendam pada lelaki yang bergelar ayah itu. Marah kerana ayahnya meninggalkan dia dan ibunya terkontang-kanting meneruskan kehidupan. Keperitan dan kesusahan yang dilalui tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pernah menjadi penjaja di tepi jalan dengan menjual air dan goreng pisang. Dan di situ jua lah dia bertemu dengan Afnan buat pertama kalinya. Bukan senang dirinya melupakan kisah silam yang pahit dan penuh derita.

Namun, sejauh mana dendam mahu di junjung. Akhirnya Delilah memaafkan dan menerima Tan Sri Aminudin dalam hidupnya walau rintangan dari adik beradik tirinya cukup hebat. Semuanya terpaksa di hadapi dengan berani. Mujur ada Afnan yang sentiasa di sisi. Yang memberi sokongan dan kekuatan di saat Delilah memerlukan bantuan.

Dan kerana itulah Afnan melamar Delilah. Bukan kerana itu sahaja, cinta dan kasih sayangnya hanya untuk Delilah. Dan Delilah amat bersyukur akhirnya lelaki yang dicintainya menjadi suaminya. Bahagia menyulam kasih hingga ke akhirnya. Tamat ...

Penulis : Norhayati Berahim
Terbitan : Alaf 21
Point : 4/5

* Novel ni mengajar kita erti ketabahan ... pahit tak akan semestinya akan berterusan pahit .. manis pasti muncul di akhiran ... sabar dalam menghadapi apa jua kesulitan hidup ... mengerti sengsara orang lain, akan membuatkan sengsara kita berkurangan ... cewahhh ... berbahasa falsafah pulak .. eleh .. tu semua kata-kata dalam novel ni la .. kalau nak tau lebih lanjut kena lah baca sendiri novel Sayang Tak Terucap ni .. gerenti puas hati ...


4 PINJAM) Bicara Hati- Damya Hanna


Harga: RM 18.00
ISBN: 983-124-110-x
Halaman: ~576
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 6 Mac 2003
Kategori: Novel


Sinopsis

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

3 PINJAM) Kau Yang Satu- Nia Azalea

Harga: RM 14.00
ISBN: 983-124-077-4
Halaman: ~424
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 6 Mac 2003
Kategori: Novel

Sinopsis

Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

2 PINJAM) SINAR KASIHMU - MOHD HIZAM HJ. ALI


CETAKAN TAHUN: 2002
PENERBIT: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD
BIL MUKASURAT: 263
KONDISI: 9/10
BERAT: 200g
HARGA ASAL:  RM15.90

SNIPPET:
Tidak ada salahnya membina cinta baru di atas tapak runtuhnya cinta lama. Bersama harapan yang bukan sedikit, dia membina angannya sendiri. Dia ingin berhati waja. Namun ada ketikanya dia lelah menjadi dirinya. Persoalan demi persoalan hanya mampu disimpan. Mengutarakan bimbang persoalan membuahkan persoalan.

1 PINJAM) Kasihku Abadi -Shanika Latisha


Harga: RM 15.00
ISBN: 983-124-146-0
Halaman: ~384
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 17 Dis 2003
Kategori: Novel


Sinopsis

Wana yang pernah putus tunang menyerahkan soal jodoh pada keluarganya. Antara rela dan terpaksa, dia menerima Risyam sebagai suami. Rumahtangga mereka diserikan dengan sepasang anak kembar Rayyan dan Ranis. Ternyata, pilihan keluarga juga membuahkan cinta dan bahagia.

Kegembiraan mereka dirampas bila Risyam disahkan mengidap HIV positif akibat pemindahan darah. Risyam yang amat kecewa menganggap ini sebagai malapetaka. Namun, Wana dan seluruh keluarganya memberikan sokongan moral agar Risyam tabah meneriskan hidup.

Konflik antara Wana dan Risyam terjadi dengan kemunculan Haiqal, bekas tunangan Wana. Lelaki itu cuba menggoda Wana agar kembali ke pangkuannya. Dengan cara halus, dia memporakperandakan rumahtangga Risyam dan Wana. Namun, keimanan suami isteri ini yang sabar, berjaya menangkis kejahatan manusia.

Dalam doa ada harapan, dapatkah mereka terus menyulam kasih?

18) Dewa Cintaku :-DILLA HUSSIN

Sinopsis Dewa Cintaku tv3
RM28.

Satu lagi drama baru Dewa Cintaku akan datang di slot Akasia tv3 untuk ganti Nora Elena pada 20hb Jun ni. Para pelakon dalam drama ni ialah Fasha Sandha dan Iqram Dinzly, semua tau kan cerita pasal Fasha hot dengan Iqram ni. Tak mau cerita pasal tu, nak cerita pasal drama Dewa Cintaku ni. Novel ni kompem adaptasi dari novel muzikal pertama yg ditulis oleh Dilla Hussein pada tahun 2005, masa tu Rosyam dan Nasha jd pelakon. Versi tahun 2011 ni Fasha dengan Iqram lak. Nuriz penah baca novel ni tapi ingat2 lupa dah. Lama dah kan.. Dalam novel ada watak June seorang penyanyi rock kelab malam, Iqbal orang kaya yang jatuh cinta dengan June ni. Tak sabar nak tengok Fasha jadi penyanyi, tengok gambar dia  memang ada gaya. Suara sape la agaknya kan yang diguna utk Fasha ni, tak kan suara Fasha lak ..huhu!!


Nape Fasha tak digandingkan dengan Ady Putra ye dalam cerita ni huhu!! sebab, watak hero mesti muda dari watak heroin.

Sape yang lupa cerita novel Dewa Cintaku ni, meh kita ingat balik sinopsis Dewa Cintaku :

Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pulak pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.

Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.

Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya jugak le, sebab dalam diam June ni pun memang menaruh hati kat iqbal..ahaks!! Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi depa dua ni nak kawin, Iqbal pun dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya..huhu!! bercinta bagai nak rak..last last dapat tau kakak kandung le pulak..apa jadi ye ending cerita ni. Nuriz dah tau kesudahan cerita Dewa Cintaku ni (dalam novel le), dlm drama tak tau cemana lagi, sama ke tak dgn novel. Sapa yang tak tau ..cuba teka, sad ending ke happy ending..hehe!! saspen…

Pelakon dalam Dewa Cintaku
Iqram Dizzly (Iqbal) Fasha Sandha (June) Hafizudin (Norhan) Aida Khalida (Rohaya) Lana Nordin (Lynn) Bkay Nair ( Selena)
Bkay Nair pelakon baru yang gedik dan mengada -ngada ni pernah berlakon dlm filem Ratu dan dia sanggup tinggalkan bidang guaman sebab nak berlakon punya pasal, nama penuh dia Tryambikay Vendages. Muka dia macam anak mami, ingatkan anak mami. Fasih jugak dia cakap melayu ye.
Bkay Nair

108) SUNGGUH AKU MENGERTI-Amisha Dania


Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

Danisha Khalida - Siapa tidak ingin dicintai? Tapi mampukah Danisha menerima cinta dari sorang lelaki dalam keadaan dia yang tidak mempunyai apa-apa lagi? Kesuciannya telah diragut oleh bapa tirinya sendiri, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami?

Tengku Isma Danish - Kehidupan bebas yang dijalaninya berubah sedikit demi sedikit sejak dia mengenali Danisha Khalida. Sikap Danisha yang dengan selambanya mengarahkan Danish mengimamkan solat bagi sekumpulan kecil anak-anak yatim, membuatkan dirinya malu dengan kekurangan ilmu agama dalam dirinya. Peristiwa tersebut dan kehadiran Danisha Khalida menjadi pemangkin kepada sebuah perubahan dalam hidupnya.

"Kau diamlah. Lagipun, daripada kita kena culik, baik kita yang culik encik Danish ni, betul tak encik Danish?" entah bila masa Danisha Khalida jadi berani begitu, Zakiah pun tidak tahu. Tetapi dia cukup selamba menembak encik Danish.

"Ye…betul tu Nisha. Culiklah saya. Saya rela…" bergurau pula Tengku Isma Danish. Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Tengku Isma Danish pun tidak tahu apa kena dengan dia hari ini. Rajin pula melayan budak-budak berdua ni. Selalunya dia tidak ambil pusing dengan budak-budak muda macam Zakiah dan Danisha Khalida ni, tapi hari ini…dia teruja betul dengan telatah mereka berdua.

107) Gelak Tergolek-WANN AZLAN


Harga Semenanjung:  RM18 Ahli KN:  RM14
Harga Sabah/Sarawak RM21 Ahli KN: RM17

Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.
Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.
Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.
Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.
Gelak Tergolek… wajib dimiliki!

106) 566 Hari Mencari Cinta-ILYA ABDULLAH


ISBN: 978-967-5067-70-9

SEMENANJUNG: RM 18.00 AHLI KN: RM 14.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00 AHLI KN: RM 17.00

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya.

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

105) Bila Cinta-SURIA FATIN


ISBN: 978-967-5067-76-1

SEMENANJUNG: RM 17.00 AHLI KN: RM 13.00
SABAH/SARAWAK: RM 20.00 AHLI KN: RM 16.00

Fatin;
Hidup cukup indah kalau kita bijak menghias pandangan kita. Ahli sihir? Huh, mamat tu? Entah la. Cinta??? Hmmm… aku pernah dengar la orang kata, kalau kita suka dekat seseorang tu… luahkan! Kalau tidak… kita mungkin akan terlepas. Tapikan, macam mana kalau kena reject? Tolong la… walaupun tak pernah kena, tapi dengar pun dah cukup menyeramkan! Atas sebab tu aku rasa cukup gembira menerima kata cinta Azlan.

(Wahai ahli sihir dunia kegelapan! CINTAkah aku pada kau? Kalau betul, BILA?)

Hafez Azfar;
Bukan cinta tak pernah memahat. Malah serik pernah terpaku. Tapi kenapa la dengan budak seorang ni kata cinta seperti hilang pronunciation? Dia yang tak ubah seperti caffeine! Tapi tu la… macam aku pernah cakap, mungkin masa bertingkah dan takdir di tempat lain. Maafkan Hafez,  kalau benar aku menjadi penghalang.

(Aku telah jatuh CINTA padamu, Fatin. Tapi tolong jangan tanya sejak BILA. Aku sendiri tak pasti.)

Haikal Azlan;
Perempuan? Cinta? Aku langsung tak dapat terima definisi yang mereka semua bagi. Maaf mungkin aku sukar untuk terima. Tapi cukup la perit jalan yang aku tempuh semua sebab dia. Dia yang sepatutnya melindung bukan melepaskan. Tapi aku dah jumpa seseorang yang secara tidak sedar mengalih persepsi aku. Fatin, terima kasih. Tapi mungkin ke aku yang terlewat atau semuanya memang langsung tak bermula?

(BILA semua ni akan tamat? Ataupun semua ni adalah satu tanda CINTA baru bermula?)

104) Usah Menangis Sayang -Aini Marisha


Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-692-4
Halaman: ~528
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 10 Ogo 2011
Kategori: Novel


Sinopsis

Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.

Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.

Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.

103) CINTA BERINTI KASIH-AMI AMILIA


ISBN: 978-967-365-045-3
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

Dia tidak mengejar cinta. Dia juga tidak mengharapkan cinta lagi setelah bahagia yang terasa terpaksa dilepas pergi. Itulah Puteri Nur Zaharaq. Hidupnya hanya dikelilingi kawan-kawan jururawat dan pesakit-pesakit di wad.

Peristiwa terlanggar seseorang membuatkan hatinya tersentuh lagi. Hati gadisnya dimamah rindu dan dunianya yang kosong menjadi begitu indah sekali. Sayang, dia hanya bermimpi. Jejaka yang disangka akan menjadi seseorang yang istimewa di dalam hidupnya meninggal dunia akibat kemalangan di jalan raya. Kenangan yang ditinggalkan oleh anak muda itu hanyalah satu nama, Maria. Nama itu tertera pada badan motosikal yang ditunggangi oleh jejaka malang itu.

“Itu kedai saya. Saya suka kalau awak boleh jadi kawan saya. Secara langsung. Tak nak melalui Facebook. Tak best.”

Hidupnya menjadi kucar-kacir setelah lelaki itu meninggal dunia. Dia terserempak Maria yang ditunggangi seorang lelaki lain yang perwatakannya seiras jejaka yang sudah memesrai hatinya. Adakah dia bermimpi? Atau mungkin lelaki itu hidup kembali dan menjadi hantu? Dia keliru sehingga terpaksa berjumpa dengan pakar sakit jiwa!

“Dialah cinta hati saya. Cuma saya tak pasti sama ada diakah yang saya cari atau orang lain.”

102) Kirimkan Aku MalaikatMu-MULIATI ABDUL


Harga Semenanjung:  RM19 Ahli KN:  RM15
Harga Sabah/Sarawak RM22 Ahli KN: RM18

Terhimpit dengan status sebagai anak angkat di dalam keluarga, Nurul rela mengekang perasaan cintanya pada Abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang disangkanya kekasih Abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagiaan Abang Hakim dan Ain Najwa.
Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya Nurul mungkin akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya.
Masing-masing memendam rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri.
Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit hati perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada Abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.
Gerhana di hati muncul apabila umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit  di antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang ditaburkan oleh umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.
Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengetepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus?
Bacalah KIRIMKAN AKU MALAIKATMU....

101) SEMAKIN RINDUN SEMAKIN SAYANG- Umaira Dzul Widad


ISBN:978-967-365-028-6
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah / Sarawak: RM25.90

Puteri Elisya amat yakin bahawa cintanya terhadap Khyrul tidak pernah bermusim. Sayangnya setinggi puncak Himalaya. Walaupun telah terlalu banyak perkara melukakan perasaannya, cinta terhadap Khyrul melebihi segala. Dia rela buat-buat buta dan buat-buat lupa. Bagi Puteri Elisya, Khyrul satu-satunya lelaki yang berjaya menjuarai carta jiwanya. Namun, mengapa hati berbelah bahagi saat cinta itu bakal disatukan dengan sebuah ikatan perkahwinan? Sungguhkah rindunya sudah kehilangan bisa?

“Abang tak kisah kalau Elis dah ada kekasih. Walaupun abang sukakan Elis, in fact dah jatuh cinta pada Elis, tapi abang tak akan paksa Elis untuk cintakan abang.”

“Kalau boleh abang nak bawa Elis terbang di angkasa. Kita jelajah ke bintang, ke bulan. Waktu itu mungkin Elis akan sedar, bahawa perasaan abang kepada Elis tidak pernah terbatas. Seluas langit dunia, sesetia malam pada siang.”

Kalaulah dia belum ada Khyrul, mungkin sahaja dia membenarkan Syahmi menghuni hatinya. Bersama lelaki itu dia rasa bahagia. Sungguh dia rasakan Syahmi telah terlewat. Tetapi mengapa semakin dibiar, rindu itu terus bertindanan di jiwa, membenihkan sayang sehingga dia rasa sukmanya terseksa selepas pemergian Syahmi.

“Dia telefon, kamu tak layan, kamu telefon, dia tak jawab. Sampai bila nak selesai masalah kamu berdua ni? Kalau suka cakap ajelah suka. Tak payah nak main tarik tali.”

Benarkah perasaannya terhadap Syahmi telah mula bertukar makna? Sedangkan dia bimbang menjadi haloba sekiranya membiarkan cinta di hati beralih kepada Syahmi. Mampukah dia bertahan selepas ketiadaan lelaki itu?

100) Cinta Yang Terpilih- Sri Diah


Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-540-8
Halaman: ~512
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 29 Mac 2010
Kategori: Novel


Sinopsis

WARDA - Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain!

Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam.

ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.

Bukan putus, tapi aku mohon tangguhkan nikah. Keputusan itu dibuat di atas katil hospital sahaja. Siapa boleh percaya? Emak menentang. Bapa juga tidak setuju.

Kemudian aku bayangkan, kalau tak jadi bersanding atau kalau dia lari tinggalkan pelamin...

Adakah dia... Cinta yang terpilih

99) Anugerah Cinta-NURUL'AIN



Harga Semenanjung : RM19 Harga Ahli KN : RM15
Harga Sabah/Sarawak :RM22 Harga Ahli KN : RM18
Sinopsis:

Seorang anak gadis yang mengunci cinta pertama di hatinya begitu dalam sehingga sukar untuk dibuka untuk insan lain. Haikal, cinta pertamanya ini pernah hilang dengan tiba-tiba satu masa dahulu, kemudian tiba-tiba muncul semula.

Tetapi hadirnya hanya untuk menagih kemaafan atas baki kesilapan yang ditinggalkan. Namun, kemunculan itu tidak berpanjangan… Jika rumah gadis lain yang sebaya dengannya indah dihiasi belaian ibu dan ayah, cantik dihamparkan permaidani kasih dan sayang, tapi rumah lindungannya sentiasa berpaksikan kesengsaraan dan kisah hitam. Puan Muna dan Rozana manusia yang bertopengkan syaitan menyeksa gadis ini. Namun dia reda kerana masih punya seorang abang tiri yang sayangkannya. Pergi ke dunia pengajian tinggi, hadir pula seorang lagi jejaka kacak dan tampan yang cuba menguntum kasih di hati gadis yatim piatu itu.

98) Jauh Kau Pergi- Dhiya Zafira


Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-569-9
Halaman: ~528
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 30 Jun 2010
Kategori: Novel


Sinopsis

Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti...

97) Bingkisan Dari Hati- NORHAYATI BERAHIM


Tajuk : Bingkisan Dari Hati [576MS]
Semenanjung : RM23.00
Sabah & Sarawak : RM26.00
ISBN : 978-967-5229-16-9


 PESANAN QADIR JILANI
Hajar, seorang penulis tersohor, dilanda masalah. Kiri kanan menikam. Ada yang mengambil kesempatan. Setegas mana jiwa wanitanya, dia kadangkala kalah dengan resah jiwa. Kata nenek, dia perlukan seseorang yang jujur, yang cerdik untuk membantu. Di mana mahu dicarinya orang yang jujur tetapi cerdik itu?
Hadi, seorang lelaki yang tegas pada prinsip, ditemui dengan secara tidak sengaja. Pada mulanya tidak ada rasa antara mereka. Tetapi Tuhan telah mengaturkan sesuatu yang cantik dan molek di sebalik pertemuan itu.


TERAWIH TERAKHIR
Qushairi, seorang sahabat sejati di sisi Anwar Arasy. Sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat temannya itu terus hidup. Sesungguhnya dia tidak sanggup menghadapi sebuah kehilangan satu-satunya sahabat yang pernah susah senang dengannya. Dalam meniti hujung usianya, Anwar Arasy isikan dengan segala amalan dan kebaikan. Segala peluang dan kesempatan direbutnya. Dan sebelum tiba masanya, hanya satu yang ingin dihajatinya... menyempurnakan terawihnya hingga ke akhir...

96) CANTIKNYA SI COMOT-


Penulis : Cantiknya Si Comot
Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22


Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Tak cakap apa? Su ingat kami tak tahu apa yang Su dah buat. Kenapa busuk sangat hati Su? Su ingat kalau Mina tu tak nakkan abang, abang akan terima Su. Maaf Su, abang takkan sesekali terima Su walaupun dah tak ada perempuan lain lagi dalam dunia ni. Ingat! Kalau Su cuba dekati Rosmina dan buat cerita yang bukan-bukan lagi abang takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Su."

Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.

"Dah dapat, sekarang ni mulalah tunjuk belang, bolehlah buat perangai! Abah pun malu dengan Usop dan Hanim tu. Kalau abahlah dapat menantu macam Am ni, entahlah….! Ini bukan menantu lagi dah… meng-hantu! Iskandar tu pula bukan orang lain, menantu abah juga. Nasib baik Rosmina sabarkan Iskandar tu tadi, kalau tidak entah-entah Am tu dah masuk ICU dah.

Sekarang Am boleh buat pilihan! Abah tak nak Rosmina jadi mangsa Am dan umi Am ni lagi, kalau dah tak suka tak ada siapa yang nak paksa Am. Lepaskan Rosmina dan kahwinlah dengan Sofea tu. Biar puas hati Am tu!"

"Abah gilakah? Sofea tu bini orang!" Mulut Ammar yang terkunci akhirnya terbuka juga. Tidak sanggup lagi mendengar syarahan dari abahnya.

"Oh! Bini orang….! Sedar pun Am yang dia tu bini orang," perli Haji Ridzwan membuat Ammar menahan nafas. Belum habis lagi nampaknya syarahan abahnya. "Dah sama-sama suka, sama-sama gatal sangat, suruhlah dia minta cerai! Duda dengan janda, padan sangatlah tu!"

"Abah! Am tak pernah terniat pun untuk berkahwin dengan Sofea, apatah lagi untuk menceraikan Mina. Sedetik pun tak pernah." Pantas Ammar menggenggam jemari Rosmina. Wajah Rosmina direnungnya.

"Tak payahlah sedih macam tu Am. Tak apa… kali ni kita buat kenduri besar-besaran, panggil satu Cameron ni. Biar semua orang tahu yang Am dan Sofea tu dah kahwin. Jadi kalau mereka nampak Am dan Sofea berasmara kat pekan tu taklah orang nak mengata sangat. Umi Am ni pun mesti suka sangat kalau buat kenduri besar-besaran untuk menantu kesayangan dia."


95) Sejam RM2.50-NORHAYATI BERAHIM


ISBN –978-967-5229-25-1
Tag-Sengsara itu ada ganjarannya.
Harga
Semenanjung – RM29.00
Sabah / Sarawak – RM32.00

“Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali.”
“Apa salahnya Haron tu? Dia bukan kejar orang, orang yang kejar dia!”
Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri!
“Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebanyak sepuluh bilion!”
“Aku peduli apa? Kalau seratus bilion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pun.”
Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Harta menjadi pokok persoalan yang utama. Bukannya pekerti lelaki itu.
“Aku hairan sungguh kau ni.”
“Hairan apanya?”
"Apa yang kau benci sangat dengan Haron tu? Aku tak faham. Kau tahu tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mungkin ribuan wanita yang mahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutup mata saja dengan apa yang Haron lakukan. Dia kaya, dia bilionair!”
Bodoh! Mahu sahaja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Orang bodoh macam Safina sahaja yang tergila-gilakan lelaki macam Haron. Aku tidak sebodoh itu.!
Ya memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki bukannya harta. Itu semua dia ada. Dia boleh mencarinya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakah yang ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yang singkat ini?

94) USAI... AKU TERIMA NIKAHNYA-Umie Nadzimah



Penulis :Umie Nadzimah

Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online 

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

93) Tentang... Dhiya ~ Syud



ISBN No: 978-967-5118-01-2
Harga: RM21.00

Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi
Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.
Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan.
Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu:
Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!

Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!

**~**
SYUD ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang... Dhiya. Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.

92) Biarkan Ia Berlalu-sha ibrahim

ISBN: 978-967-5067-86-0

SEMENANJUNG: RM 37.00 AHLI KN: RM 33.00
SABAH/SARAWAK: RM 40.00 AHLI KN: RM 36.00

Sinopsis:

Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.

Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.

Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.

Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….

91) Cinta Tiga Suku- Herna Diana


Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-582-8
Halaman: ~512
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 17 Ogo 2010
Kategori: Novel

Sinopsis

‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

90) Akhirnya Aku Kahwin -Herna Diana


Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-725-9
Halaman: ~496
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 28 Sep 2011
Kategori: Novel

Sinopsis

Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

89) Cinta Pandang ke-2- Laila Kamilia


Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-691-7
Halaman: ~576
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 4 Jul 2011
Kategori: Novel

Sinopsis

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

88) ROTI CICAH SUSU - Liza Nur


RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-28-9
~480 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 10 Mac 2011


Sinopsis

Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim) di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak.


87) CUCUR BAWANG & KOPI ‘O” =Hasrudi Jawawi

RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-10-4
~720 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Feb 2011
Sinopsis

Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah...

86) Cinta Kau dan Aku- Siti Rosmizah


RM 19.90
ISBN: 978-967-5234-28-6
~684 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 4 Mac 2009


Sinopsis

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya.
Mengisahkan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.
Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.
Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.
Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.
Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.
Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu?


Read more http://tapakkaki.com/sinopsis-drama-cinta-kau-dan-aku-adaptasi-novel/

85) Takkan Melupakanmu- Rosa Nur Imani


RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-77-7
~624 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 31 Jul 2011

Sinopsis

Anita dan penderitaan bagaikan sudah menjadi satu. Ibunya sudah lama bergelar arwah sementara ayahnya pula menghilang entah ke mana. Hidupnya di kampung bagaikan melukut di tepi gantang. Dia akhirnya terlontar di kota yang penuh cabaran. Di sana dia bertemu dengan Adrus Hakimi, Badrul dan Khaled. Adrus Hakimi sudah ada Manisah. Badrul sudah ada Rozana dan Khaled sudah punya Ellyana. Kalau Adrus Hakimi jatuh hati padanya kerana kenangan semalam yang dibawanya bersama, Badrul pula ingin memilikinya untuk melengkapkan egonya sebagai lelaki. Sementara itu, rasa simpati yang membuak-buak membuatkan Khaled jatuh cinta padanya lalu tega menggores hati teman wanitanya. Namun, dendam yang membara di sudut hatinya membuat dia tega bermain api tanpa mengira kalau suatu hari nanti api itu akan membakar dirinya sendiri.


84) Seteguh Kasih Aina Najihah - Dina Najat

Semenanjung : RM 19.00 / Ahli : RM 15.00
Sabah Dan Sarawak : RM 22.00/ Ahli : RM 18.00
Aina Najihah membesar di rumah anak yatim. Apabila dewasa, Aina Najihah menyimpan perasaan cinta terhadap Ameer Mulhim, ketua warden di asrama anak Darul Fikriyah.Biarpun sering bertemu , mereka tidak pernah mengungkap perasaan masing-masing. Dalam masa yang sama Aina Najihah berkerja di sebuah hotel yang di tadbir oleh Encik Khairul. Encik Khairul tidak senang dengan Aina Najihah yang merupakan pekerja kesayangan ibunya. Aina Najihah telah dipecat dari jawatan Ketua Pegawai Pemasaran kerana fitnah. Dia bagai jatuh ditimpa tangga apabila Ameer Mulhim bertunang dengan wanita lain. Dalam masa yang sama, Aina Najihah didatangi seorang makcik yang mengaku pernah memelihara Aina Najihah semasa kecil. Makcik itu memulangkan seutas rantai lama kepada Aina Najihah kononnya rantai itu milik ibu Aina Najihah. Sejak dari hari itu, Aina Najihah sering mengalami mimpi yang pelik. Dia sering sakit. Bagaimana Aina Najihah melalui dugaan yang menimpanya?

Pelbagai konflik serta isu percintaan, kemasyarakatan, kerjaya dan misteri yang melanda Aina Najihah 

83) Doktor Cinta-dyadila

ISBN: 978-967-5067-67-9


HARGA SEMENANJUNG: RM 26.00 AHLI KN: RM 22.00
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 29.00 AHLI KN: RM 25.00

Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana. 

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. 

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

Rabu, 8 Mei 2013

82) LUKA-LUKA SEMALAM- Azizah Johor


Maklumat
Penulis: Azizah Johor
Bulan Terbitan: 0/1
ISBN: 983-893-486-0
Harga Kulit: RM23.90
Harga Online: RM11.95
Blurb:
Mencari-cari salasilah diri dengan berbekalkan secarik kertas... segala-galanya bagaikan sebuah mimpi. Menemui apa yang tercari-cari selama ini... diri tidak sebatang kara... di sini masih ada kasih yang tumpah... masih ada sayang yang melimpah ruah. Namun nostalgia lalu bagai mencarik luka... Dan di tangga batu ini bagaikan mencatat sejarah sedih, ratapan seorang ayah yang kehilangan anak, dan luka hati seorang cucu yang kehilangan sejarahnya...

81) BIARKAN AKU PERGI -Azizah Johor


Maklumat
Penulis: Azizah Johor
Bulan Terbitan: 0/2005
ISBN: 983-893-626-X
Harga Kulit: RM18.90
Harga Online: RM9.45
Blurb:
Janji manismu itu telah aku duga dusta. Saat kau lafazkan… kala janji kau ikrarkan… hatiku berdebar-debar. Getaranya bagai satu peringatan yang tidak harus aku leka-lekakan. Ini permainanmu yang entah ke berapa… ini pengorbananku yang entah di mana nilainya…. Abang, tangisan hati ini pedihnya hanya aku yang rasa, yang meratapinya sejak sekian lama. Lalu salahkah aku kala pujuk rayumu aku biarkan lesu? Berdosakah aku bila memohon agar diri ini dilepaskan? Kerana aku percaya… sampai bila-bila pun keadaan tidak akan kembali seperti sedia kala. Abang… binalah kehidupan baru bersama orang baru, kerana kembali kepadamu beerti membiarkan kenangan silam merantai tiap kepercayaan. Dan kasih sayang kita kiranya umpama cantuman warna-warna senja. Satu-satu meninggalkan kita kala malam merangkak tiba…

80)PESANAN TERAKHIR SEORANG LELAKI-Norhayati Ibrahim


Penulis   : Norhayati Ibrahim
Penerbit  : Creative Enterptise
Price : RM  20.6

KEMBALI SEMULA UNTUK PEMINAT!!!

Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayah lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kepada empayar yang dibina.

Tercabar dan dicabar; tidak menjadi kudis padanya. Melayan rasa sakit hati jua hanya membuang masa. Dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya.


79) Anaknya Anakku Jua-anarif


ISBN: 978-967-5067-78-5

SEMENANJUNG: RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00

Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu didepani oleh Nisa’. Sudahlah semuanya berlaku dengan sekelip mata, terpaksa pula menghadapi kekasih yang sarat dengan perasaan cemburu dan umi yang sangat tegas lagi garang orangnya. Mujurlah ada abah dan Mala yang menyokongnya.

Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa’. Padanya, bayangan Badri dalam bentuk Hana menggugat kasih sayang Nisa’ terhadapnya. Tertekan dengan sikap tidak matang Daniel, Nisa’ nekad memutuskan cinta mereka. Dia pasrah dengan kehendak takdir kerana sayangnya pada Hana mula menggebu. Hana adalah keutamaannya.

Tidak mahu kehilangan Hana, Nisa’ ingin menjadikannya anak angkat yang sah. Namun, status bujangnya mengekang proses tersebut daripada berlaku. Nisa’ perlu berkahwin untuk memiliki Hana sepenuhnya. Kehadiran Irfan merupakan penyelamat kepada Nisa’. Harapannya untuk mengambil Hana sebagai anak angkat menjadi cerah. Namun, perkahwinannya dengan Irfan bersyarat. Selepas mereka menikah, mereka akan bercerai. Dan Hana akan kekal berada di bawah jagaannya.

Tetapi rancangan mereka ini harus dirahsiakan, terutamanya daripada pengetahuan umi. Umi masih belum dapat menerima kehadiran Hana sebagai ahli keluarganya.

Rancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Nisa’ hampir-hampir boleh menarik nafas lega. Namun, kehadiran Shila yang tidak dialu-alukan oleh Irfan perosak segala-galanya.

Bagaimanakah Nisa’ dan Irfan menyelesaikan kemelut yang mengepung rumah tangga mereka sementelah mereka mula saling menyayangi? Bagaimana pula dengan umi? Bisakah dia menerima Hana sebagai cucunya? Shila… kenapa dia perlu menjadi perosak?
Segala-galanya bakal terjawab di dalam Anaknya Anakku Jua.

78) Seandainya-rys areesa


ISBN: 978-967-5067-62-4


HARGA SEMENANJUNG: RM 29.00 AHLI KN: RM 25.00
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 32.00 AHLI KN: RM 28.00

Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?

Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.

Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.

77) Cupid Love - Rafizah Nordin


Semenanjung : RM 18.00
Sabah Dan Sarawak : RM 21.00

Betul ke cupid love wujud di kalangan manusia di muka bumi ini? Danny sering berada di tempat yang betul dan di waktu yang tepat untuk membantu Azyan sedangkan Azyan tidak pernah mengecam wajah Danny. Akhirnya mereka bertemu jua apabila Azyan menjadi setiausaha Danny. Mereka menerima kehadiran diri masing-masing setelah luka dengan cinta pertama. Tatkala hati berbunga riang, cinta mereka diduga akibat perbezaan agama dan budaya. Cupid love perlu muncul untuk menyelamatkan cinta Azyan dan Danny….

76)Sesuci Kasih Seorang Isteri-dzie tyea


SBN: 978-967-5067-58-7

Harga Semenanjung:  RM19
Harga Sabah/Sarawak RM22

Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?
Isha,
Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.
Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?

Selasa, 7 Mei 2013

75) KAU DITAKDIRKAN UNTUKKU- Gee Muszisya



Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )


Sinopsis novel :

Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi seny...uman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.

Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.

"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.

"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram.

------------------------------​---

"Saya tahu dia masih sayangkan awak. Kalau tidak masakan dia merayu untuk kembali pada awak. Tak mustahil juga kan kalau rasa sayang awak masih ada pada dia? Tetapi awak sengaja kunci dengan rasa marah dan dendam yang tidak pernah padam." – Anis

"Seandainya satu hari nanti ditakdirkan kita tak dapat mencari persefahaman. Saya redha. Dan saya tidak memaksa awak untuk menerima diri saya." - Akmal

------------------------------
"Awak tak pernah terfikir ke Anis. Mungkin kita memang dah dijodohkan bersama. Walaupun saya tak sempurna dimata awak tetapi awak telah ditakdirkan untuk membetulkan ketidaksempurnaan saya itu. Kalau kita tak beri peluang pada hati kita, hubungan kita tak akan kemana Anis. Saya memerlukan awak untuk mengemudi bahtera kita supaya tidak goyah. Saya tak mampu untuk mengemudinya seorang diri." Ujar Akmal meluahkan rasa dari lubuk hatinya yang lama terpendam.

------------------------------​--
Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?

sinopsis saya :

mmg best gile novel ni...rugi sape yg xbaca...huhu...

74) Kembalikan Cintaku - Norhayati Berahim


ISBN: 9789834347383
Harga: RM24.00
Halaman: 741
Penerbit: NBKara Sdn Bhd


Sinopsis belakang buku:

Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia mememohon untuk merasa untuk sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala, Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. Wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusia, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya…

Ringkasan cerita dari saya:

Semua berkisar tentang wanita yang bernama Wardina, sekali lagi kak Yati membentangkan kisah kemelut kehidupan seorang wanita yang tabah dengan dugaan, ditinggalkan dan bermadu.
Banyak sekali novel dari kak Yati yang positif tentang hidup bermadu. Wajar dibaca oleh wanita masakini dan sepatutnya boleh mengubah persepsi terhadap poligami.

Wardina, seorang student di Jerman, yang tinggal bersama kawan sekolej, tiba-tiba dipertemukan dengan Zafrul yang merupakan anak Tan Sri yang tidak tahu hal agama, langsung menyukai Wardina dan memikatnya. Bagai langit dengan bumi, Zafrul dan Wardina akhirnya berkahwin juga, dan bagusnya Zafrul mulai belajar hal agama dengan Wardina.

Ayah Zafrul, Tan Sri Jalal seorang yang tidak percaya agama, malah telah rosak akidah dengan tidak mempercayai kewujudan syurga dan neraka, dia angkuh, sombong dan ego. Bilamana mendengar Zafrul anak sulong nya bernikah, dia memanggil Zafrul pulang ke Malaysia.

Mulai dari Zafrul pulang, ayahnya menggula-gulakan Zafrul supaya meninggalkan Wardina dan berkahwin dgn wanita pilihan ayahnya. Tan Sri Jalal sering terlibat dengan maksiat, akhirnya dia kecundang dengan maksiatnya sendiri. Dia jatuh sakit dan terlantar di hospital dengan penyakit kronik akibat alkohol.

Wardina pula setelah menunggu suaminya yang tidak pulang, dia pasrah dan meneruskan kehidupannya sendirian di Jerman selama dua tahun, dan akhirnya ke China membuat perniagaan logisitik di sana. Selama itu lah dia tidak berkahwin lain dan tidak membuka pintu hatinya untuk sesiapa. Dan juga dia tidak lagi punya perasaan terhadap Zafrul lagi. Sedangkan ketika ini Zafrul menderita jiwa dan raga, setelah perkahwinan demi perkahwinan yang tidak sempurna. Isteri yang dipilih Tan Sri tidak sesuai dengan jiwanya, kesemua mereka (ada dua isteri - Danielle dan Onah) derhaka pada suami, sering membentak-bentak dan menengking Zafrul.

Titik pertemuan klimaks berlaku bilamana, kawan serumah Wardina di Jerman dulu, (Nisak) terserempak dengan Zafrul dalam tren dari KLIA ke KL Sentral (setelah 8 tahun berlalu). Zafrul merayu2 Nisak untuk mendapatkan alamat Wardina. Nisak walaubagaimanapun tidak mahu Wardina terganggu lagi, dia enggan memberikan apa-apa pada Zafrul, ini menambah lagi kekecewaan Zafrul.

Dalam pada itu, syarikat Tan Sri Jalal, terpaksa dikendalikan oleh isteri pertamanya Puan Sri Fauziah. Puan Sri punya satu projek halal hub yang ditunda oleh Tan Sri, sebab Tan Sri tak menyukai halal. Puan Sri bergandingan dengan anak keduanya Zafran menyiapkan projek dan survey ke China. Di sini lah klimaks kedua berlaku di mana Nisak dan Wardina berjumpa Puan Sri dan Zafran tanpa mengetahui hubungan masing2, perjumpaan akibat Wardina yang terlalu bersifat menolong, dilihat puan sri tersebut terkial-kial di airport GuangZhao. Dari situ hubungan sebagai rakan senegara terjalin, tanpa mengetahui hubungan sebenar.

Bagaimanakah akhirnya? Zafrul atau Zafran? Adakah hubungan akan terbongkar? dan bagaimana penerimaan Wardina?

Baca lah sendiri, memang best!.

Read more: http://novelmalay.blogspot.com/2008/10/kembalikan-cintaku-norhayati-berahim.html#ixzz2SZNAmo7B

73) Akhir Sebuah Cinta- Siti Nur Dhuha


RM 19.90
ISBN: 978-967-5234-39-2
~652 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 3 Apr 2009


Sinopsis

Kehadiran Khuzairi dalam hidup Mimi Atia telah mencabar kesabarannya sebagai seorang wanita.

Apalagi yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga diri. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa-apa lagi. Dia hanya mempunyai jasad yang bernyawa tanpa apa-apa harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.

"Hai, baru sekarang nak balik. Keluar dengan lelaki, lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai uztazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? Atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam-diam ubi berisi." Tengku Khuzairi tiba-tiba berkata.

Dia... lelaki yang disyaki membunuh. Dia... lelaki yang banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yang pernah menengking aku. Dia... lelaki yang sering membuat aku menangis. Dan dia... banyak melukakan hati aku. Dengan tiba-tiba air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dalam hidup aku.

Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorang gadis kampung, yang tak ada apa-apa. Kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abang aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku ke sisih dengan saudara mara aku.



72) .DAN CINTA PUN TERSENYUM-Nora Ismail



Harga Asal: RM23.90
Harga Tawaran: RM17.00 (free postage)
Terbitan: NB Kara S/B
Mukasurat: 636 m/s
Status: Elok (10/10)


Berkat nasihat dan pesanan Hizar supaya melupakan sengketa dengan Ervan, Surihani menggagahkan diri untuk ke banglo menyiapkan muralnya. Tepat saat dia membuka pintu, dia dilanda kejutan sampai terkaku di muka pintu. Ervan sedang melakukan sesuatu terhadap muralnya.
“Hei! Kamu buat apa tu?”
Jeritnya bergegas menghampiri dengan prasangka buruk - Ervan cuba mensabotaj muralnya!
“Hai… aku cuma mau bantuin kamu nyiapin mural ini. Lagian aku bingung sendirian di sini. Gak tau mau bikin apa.”
Kata Ervan bersama sebuah senyuman mesra.
Surihani terpaku. Benar, Ervan sedang mewarna dengan teliti. Bahkan rasanya sudah hampir 10% motif batik itu diwarnakan oleh Ervan. Tidak ada cacat celanya. Sama seperti sampel di dalam kertas bersaiz A4 yang disediakan oleh Surihani sebagai rujukan.
“Kamu gak suka?” tanya Ervan dengan suara lembut.
Seketika suara Ervan itu membuatkan Surihani tertegun. Tertanya-tanya mengapa Ervan tiba-tiba berubah menjadi selembut itu dengannya. Cepat-cepat Surihani menggeleng. Dan ketika itu Surihani baru menyedari perubahan lain terhadap diri Ervan. Lelaki itu tidak lagi berpakaian super-necis. Sebaliknya mengenakan vest hitam ketat yang memperlihatkan susuk tubuhnya dan board short jenama Diesel.
Sekarang Surihani jadi tahu mengapa ramai gadis begitu menggilai Ervan setengah mati. Pakailah apa saja, jejaka itu tetap kelihatan kacak – ganteng bak kata orang Indonesia. Soalnya, pakaian Ervan sekarang ini bakal membuatkan banyak mata perempuan akan terpikat kerana melihat badannya yang tegap dan liat! Cuma sayang, kulitnya putih. Terlalu putih bagi penilaian mata Surihani. Kalau kulitnya gelap sedikit, mesti nampak lagi tough dan memikat!
Hoi, Surihani! Cukup! Ini tak boleh jadi! teriak batinnya. Tubuh jejaka itu seakan punya daya magnet, terus-terusan menarik mata Surihani untuk menatapnya.
Ervan merenung Surihani dengan kening bertaut rasa hairan. Pelik melihat sikap Surihani agak aneh. Menatapnya lama tetapi tidak berkata apa-apa seperti sedang menilai.
Jangan-jangan cewek itu mulai naksir[i] aku! Batin Ervan membuat andaian sendiri.
Dari sisi, Ervan mengambil peluang mengamati Surihani dari hujung rambut sampai
********************************************************************
[i] maksudnya ada minat (admire) atau suka,
ke hujung kaki. Hmm… wajah dan bodinya lumayan juga sih. Tapi juteknya, minta ampun! Rasanya dia satu-satunya cewek yang sering berusaha menghindari aku! Ervan berkata-kata di dalam hati.
“Ervan Prima Sakti!!!”
Laungan itu mengejutkan Ervan dan Surihani. Mereka sama-sama berpaling ke arah pintu. Ada beberapa orang yang tidak dikenali muncul di situ. Seorang gadis bertubuh semampai meluru, terus memeluk Ervan sehingga mendorong Ervan melekap ke dinding. Tanpa segan-silu, dia mengucup pipi Ervan bertalu-talu.
Surihani terngadah melihat perbuatan lepas laku itu.
“Reta! Lepasin gue!”
Ervan kelihatan berusaha melepaskan diri daripada pelukan gemas gadis yang dipanggilnya dengan nama Reta itu. Secara spontan juga matanya sempat melirik ke arah Surihani. Dan hatinya berdesir aneh saat melihat Surihani memandang dengan muka tanpa emosi tetapi matanya tajam. Kemudian mencemik sinis sebelum kembali mengerjakan mural.
“Aku kangen sama kamu, Van. Ngapain kamu ke sini gak bilang sama aku?”
Reta terus mengganding lengan Ervan. Tetapi Ervan menolak keras, pantas mendekati teman-temannya yang lain.
“Ervan! My friend!”
Irawan mendepangkan tangan, menyambut Ervan ke dalam pelukannya. Mereka sama-sama ketawa keras. Satu per satu temannya, Jason, Ardi dan Satya diraih ke dalam pelukan. Kemudian bersalaman dengan Nancy, kekasih Jason.
Ervan membawa teman-temannya itu duduk di sofa tanpa mempedulikan Surihani.
“Ngapain kalian ke mari?”
Soal Ervan menatap teman-teman lelakinya tanpa menghiraukan Reta yang terus menyandar di bahunya. Macam mana pun ditolak, Reta akan tetap melentok di situ, jadi biar sahajalah!
“Mau bikin surprise buat elu. Kangen sama elu. Tapi elu enggak ada khabar berita kayak ditelan bumi! Nah, keliatannya elu masih sukses hidup, masih ganteng donk! Cobak bilangin sama gue, berapa ramei cewek di sini ngefans sama lu?” ejek Irawan.
“Enggak lucu tau!”
Getus Ervan pura-pura marah tetapi wajahnya jelas berbinar bahagia melihat kedatangan mengejut teman-temannya itu. Sambil tertawa senang, Ervan sempat mengerling ke arah Surihani. Namun, gadis itu kelihatannya sudah tidak mempedulikan mereka. Tekun dengan kerjanya.
“Eh, Van... siapa sih tuh cewek?”
Tanya Ardi yang sejak tadi juga asyik tertoleh-toleh ke arah Surihani.
Ervan mencerunkan matanya.
“Elu naksir dia?”
“Kalo iya, kenapa? Sudah ada pacarnya?”
Tanya Ardi lagi, jelas kelihatan semakin berminat.
“Enggak tau. Tuh cewek jutek amat. Mama mengontrak dia melukis mural di sini. Jadi, gue gak tau apa-apa tentang dia.”
Ervan berdalih. Pura-pura tidak mengenali Surihani. Nyata di dalam hatinya, terbit rasa tidak senang apalagi melihat lirikan nakal mata Ardi. Dia tahu benar sifat ‘buaya’ temannya itu.
“Van, jutek itu lebih ke karakteristik, bukan fizikal. Kalo penampilan sih, gue lihat dia tetep cewek abis. Cobak lu renungi dia, padahal di balik semua itu sebenarnya, dia sama saperti cewek-cewek lain yang punya sisi feminin. Hanya mungkin saja gak pernah ditunjukkan ke orang-orang lain kecuali sama someone specialnya dia. Pendapat gue sih, dia termasuk golongan cewek yang independent, tegas dan berintegritas. Pokoknya, dia masih perawan!”
Ardi berkata sambil tidak lepas memandang Surihani. Senyum nakal terkilas di bibirnya.
Mata Ervan terbelalak. Dia kenal akan senyuman Ardi itu. Senyuman ‘buaya’ mahu menerkam mangsa!
“Elu jangan macam-macam, Di! Masa sih lu tau tuh cewek masih perawan atau enggak?” Ervan sudah gusar.
“Loh? Itu gampang sih!”
Kata Ardi lalu berbalik memandang Surihani. Tangannya melukis udara mengikut bentuk tubuh Surihani.
“Cobak lu perhati punggungnya. Jelas mantap, tidak goyah sebab dagingnya masih solid. Huih, kalo dipegang pasti ngerasa gak lembut, pejal, artinya dia masih suci. Tapi cobak lu liat Si Nancy nih, punggungnya memang berisi dan besar tetapi gak kental, punggungnya nampak jatuh, lebih-lebih di saat dia berjalan, goyangannya tidak melantun. Artinya Nancy pernah melakukan hubungan badan sama Jason!”
“Sialan lu, Di!”
Jason dan Nancy sama serentak berteriak memaki Ardi. Merah padam muka mereka menahan malu dikenakan oleh Ardi terang-terangan. Irawan dan Reta ketawa terbahak-bahak.
Tetapi semua itu tidak lucu bagi Ervan. Hatinya merasa tidak senang melihat Ardi bersungguh membandingkan Surihani dan Nancy dalam soal perawan. Mujur Surihani tidak mendengar kerana telah menyumbat telinganya dengan earphone MP3.
“Kenalin dia sama gue, Van!” pinta Ardi.
“Gue gak mau jadi mak comblang[i] lu!”
Getus Ervan. Semakin gelisah kerana jelas Ardi yang baru pertama kali melihat Surihani sudah menaruh minat yang mendalam.
Huh! Aku gak akan mungkin kenalin mereka berdua!
“Eitss… jangan-jangan lu naksir dia!”
Tebak Ardi separuh mengejek setelah melihat tampang Ervan yang resah.
“Apa? Benar begitu Van?”
Reta terjerit. Semerta melototkan mata ke arah Ervan. Api cemburu segera meruap di matanya. Sangat khuatir kalau benar Ervan menaksir gadis itu.
“Oh, great! Elu jangan bikin onar, Di!” Ervan memberikan amaran kepada Ardi.
“Ya, udah deh. Jangan berantem. We are here to have fun. So Ervan, gimana? Kami sanggup liburan dua minggu demi lu. Bisa clubbing di rumah elu ntar malam?”
Irawan mengutarakan cadangan.
“Yah… mampir saja. Kalian mau nginap di sini juga bisa,” sahut Ervan tetapi agak datar.
“Seruuuu!!” Irawan yang terlebih gembira.