.jpg)
Penerbit: Alaf21
Harga: MYR21.00
Bukan kerana sayang mengisahkan Qaireena Asyikin yang telah dikianati cintanya oleh Johan telah membawa hati yang terluka selama 6 tahun tanpa seorang lelaki sebagai kekasih. Hatinya telah menjadi beku setelah Johan berpaling tadah apabila memilih kakaknya Qairun Annesa sebagai isteri walaupun cincin tanda telah tersarung dijari manis Qaireena.
Johan yang dipertemukan dengan Qaireena di dalam sebuah bas telah melahirkan rasa cinta di hati Johan. Cinta Johan mungkin miliknya apabila dia tersalah mengambil beg Qaireena apabila sampai ke destinasi iaitu Ipoh Perak. Qaireena yang berada di kampungnya iaitu di Kuala Kangsar, mulai menyedari bahawa begnya kepunyaan seorang lelaki yang bernama Muhammad Johan berdasarkan name card yang berada di dalam beg tersebut.
Dengan berat hati, Qaireena menghubungi pemuda tersebut dan Johan telah datang pada hari pertunangan kakaknya untuk mengambil beg tersebut. Johan yang termasuk di dalam kategori jejaka hansome telah menarik minat kakak Qaireena iaitu Nesa. Nesa yang jatuh cinta kepada Johan telah memasang angan-angan untuk memiliki Johan walaupun mengetahui bahawa adiknya bakal bertunang. Nesa mula tidak menghiraukan tunangnya Muaz.
Qaireena telah dikejutkan oleh kedatangan kedua orang tuanya dan keluarga Johan di apartmennya. Dia telah dikhabarkan bahawa Johan ingin menikahi kakaknya Nesa tanpa sebarang alasan yang diberikan oleh Johan kepada Qaireena. Qaireena merasakan bahawa hatinya telah dimainkan oleh Johan untuk mendekati kakaknya. Selama 6 tahun dia tidak menjejakkan kakinya ke kampung atas permintaan kakaknya.
Bukan kerana sayang menemukan Qaireena dengan seorang jejaka yang menjadi rebutan ramai iaitu Kamil Ihsan merangkap bosnya di tempat kerja. Ensem mamat ni, memikat dan terpikat heheheh. Kamil Ihsan merupakan abang kepada kawan baik Qaireena iaitu Nadia. Sepanjang Qaireena bekerja di bawah Ihsan, hanya maki hamun yang diterima oleh Qaireena dan Ihsan sering mencari salahnya. Dalam memikirkan masalah kerja, masalah baru timbul iaitu keluarga Johan meminang dirinya untuk menggantikan kakaknya yang telah meninggal.
Luka lama berulang oleh lelaki yang sama JOHAN. Atas desakan ibu bapa Qaireena untuk menerima Johan dan Johanis(anak Johan & Nesa), dia telah menerima cadangan Nadia untuk memberitahu ibu bapanya bahawa dia telah mempunyai kekasih hati. Nama bosnya Kamil Ihsan telah digunakan sebagai kekasihnya tanpa pengetahuan Ihsan. Ihsan yg mengetahui perkara ini secara tidak sengaja telah mengambil kesempatan untuk memiliki Qaireena. Ihsan sebenarnye telah lama mencintai Qaireena tanpa pengetahuan sesiapa.
Johan yang sering mendesak untuk menerima pinangannya telah menyebabkan Qaireena menerima Ihsan sebagai suaminya walaupun tanpa cinta. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Ihsan telah membuahkan perasaan cinta Qaireena terhadap suaminya. Bukan kerana sayang membawa Qaireena kepada kehidupan yang bahagia disamping Ihsan yang sangat romantic. Happy ending..
Habis da.. macam aku cakap td, tajuk novel ni macam tajuk lagu tapi aku tak ingat. Google punye google akhirnya rupanye tajuk novel ni hampir sama dengan lagu dendangan Aliyah – Tak mungkin Kerana Sayang. Dah nak dekat la tu. So nak kasi lagi korang lagi feel aku sertakanla Video lagu ni, so macam lagu tema untuk novel ni la.. boleh gitu.. ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan